Airport Library -Perpustakaan Multimedia di Lapangan Terbang Antarabangsa

“Airport Library” Perpustakaan Multimedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam, Belanda

“Airport Library” Perpustakaan Multimedia di Lapangan Terbang Pertama di Dunia
Ditulis oleh admin pada 28 Jun 2010 – 13:52
Kredit: www.metrogaya.com

Metrogaya- Mula musim panas di awal bulan Julai 2010, penumpang pesawat terbang yang transit atau punya waktu luang di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam, Belanda, tidak akan mengalami kejenuhan. Kerananya boleh mengurangkan waktu menunggunya dengan memanfaatkan ruang khusus perpustakaan multimedia dengan membaca atau mendengar koleksi yang disediakan. Kemudahan ini pertama kali di dunia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol ini iaitu perpustakaan multimedia kekal.

Inisiatif mendirikan perpustakaan datang dari organisasi ProBiblio dan disokong oleh Jabatan Pendidikan, Kebudayaan dan Pengetahuan Belanda. Ketua projek Dick van Tol dari ProBiblio, menyatakan banyak hal boleh ditemui di perpustakaan lapangan terbang ini.

“Ini akan jadi perpustakaan multimedia, dengan pelbagai aspek budaya Belanda. Jadi tidak hanya kesusasteraan yang boleh ditemui di sini, filem dan muzik juga ada,” terang Dick van Tol, seperti yang disiar di Radio Nederland Wereldomroep (RNW),

Kerana perpustakaan ini akan jadi tempat menghabiskan masa atau menunggu penerbangan selanjutnya, tetamu tidak dibenarkan membawa buku, DVD atau koleksi lain ke luar perpustakaan. Untuk memuaskan tetamu, terdapat ruangan khusus untuk memuat turun di perpustakaan.Dengan kemudahan yang ada di sana, boleh menonton filem atau langsung memuat turunnya ke telefon. “Jadi anda boleh menonton filem itu di dalam pesawat atau di rumah,” kata Dick van Tol.

Airport Library, begitu rancangannya perpustakaan ini dinamakan, terletak di belakang kaunter kawalan pasport. Semua penumpang yang mempunyai tiket pesawat boleh menggunakan kemudahan ini. Walaupun bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Inggeris, bahasa Belanda juga berperanan penting di sini. “Banyak album gambar yang berbahasa Belanda atau Inggeris,” Van Tol menerangkan.

Perpustakaan ini muncul bukan kerana abu vulkanik dari gunung berapi di Iceland yang melumpuhkan lalu-lintas udara di Schiphol beberapa waktu dahulu. Persiapan pembangunan perpustakaan ini sudah berlangsung sejak tiga tahun lalu. (Yc / bbc / rileks)

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s