Khidmat

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA MPSJ

Terdapat pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang telah kami sediakan untuk keselesaan dan kegunaan pengunjung perpustakaan.

Berikut adalah senarai perkhidmatan dan kemudahan yang di berikan:

 

PERKHIDMATAN INTERNET (WIFI)
Perkhidmatan ini disediakan untuk tujuan pengaksesan Internet yang menawarkan perkhidmatan e-mail, pencarian maklumat dan kemudahan pemindahan dokumen atau maklumat.

PERKHIDMATAN PINJAMAN
Perkhidmatan ini hanya diberikan kepada pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli sahaja. Ahli perpustakaan dibenarkan untuk meminjam bahan-bahan yang terdapat di koleksi pinjaman sahaja. Peminjaman bahan hanya terhad kepada 3 bahan selama 2 minggu. Proses peminjaman boleh dilakukan di kaunter peminjaman.

PERKHIDMATAN RUJUKAN
Perkhidmatan ini disediakan kepada ahli perpustakaan sahaja. Bahan-bahan yang disediakan hanya untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan meminjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.

PERKHIDMATAN BACAAN
Selain buku untuk bacaan, Perpustakaan turut menyediakan sudut Novel, Selain itu, suratkhabar dan majalah tempatan turut disediakan.

Jenis akhbar yang disediakan:
•Berita Harian
•Harian Metro
•Sinar
•The Star
•Tamil Nesan
•China Press

Jenis Majalah yang disediakan:
•Wanita
•Pa & Ma
•Anjung
•Female
•Keluarga
•Business
•Maskulin
•Golf
•Fortune
•Impiana
•Midi
•Nona
•Nuyou
•Newsweek
•Ekonomi
•Majalah PC dan lain-lain lagi.

PERKHIDMATAN AUDIO VISUAL
Perkhidmatan ini disediakan kepada ahli perpustakaan. Koleksi media elektronik yang terpilih boleh diakses melalui komputer multimedia yang disediakan. Peralatan headphone disediakan untuk keselesaan pengguna.

PERKHIDMATAN DIGITAL
Perkhidmatan ini disediakan kepada ahli Perpustakaan sahaja. Ia dilengkapi dengan komputer untuk pengguna perpustakaan berumur 13 tahun dan ke atas. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan termasuklah:

• E-Books (Koleksi buku atas talian). Koleksi yang terdapat ialah Business Management, Health and Wellness dan Leadership Management.
• E-Media
• Koleksi akhbar lama atas talian .

PERKHIDMATAN MULTIMEDIA
Terletak di Bahagian Multimedia, Aras G. Ia dilengkapi dengan 11 unit komputer multimedia. Terbuka kepada umum dan juga ahli perpustakaan. Pengguna boleh menggunakan koleksi terpilih bahan CD-ROM dan perisian interaktif berunsur pendidikan bagi merangsang minda dan kreativiti kanak-kanak serta melayari internet.

PERKHIDMATAN OPAC (Online Public Access Catalogue)
Perkhidmatan pencarian bahan atas talian ini disediakan kepada para pengguna bertujuan untuk mendapatkan bahan koleksi perpustakaan dengan lebih efektif dan efisyen. Melalui perkhidmatan ini, pengguna dapat mengetahui maklumat, lokasi dan status bahan yang diperlukan. Selain itu, perkhidmatan WEBOPAC boleh diakses melalui talian internet di alamat: http://www.mpsj.gov.my

B.I.S (Business Information Services)
Terletak di Ruang Novel, Aras 2. (lokasi antara bahagian dewasa dan kanak-kanak).
Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan di bahagian novel ialah:
• Perkhidmatan Fotokopi
• Perkhidmatan Cetakan
• Perkhidmatan penjilidan (Binding)
• Perkhidmatan Faksimili
• Perkhidmatan Imbasan

PERKHIDMATAN CAS
Perkhidmatan pencarian maklumat atas talian ini disediakan kepada para pengguna bertujuan untuk mendapatkan maklumat artikel. Melalui perkhidmatan ini, pengguna dapat membaca artikel-artikel terpilih mengenai MPSJ yang terpapar di akhbar tempatan. Perkhidmatan CAS boleh diakses melalui talian internet di alamat:

KEMUDAHAN BILIK BERCERITA
Bilik bercerita digunakan untuk sesi bercerita bagi kanak-kanak setiap minggu pada setiap hari ahad, Sesi bercerita terbuka secara umum kepada semua pengunjung Perpustakaan Hipermedia MPSJ.

KEMUDAHAN BILIK PERBINCANGAN
Perkhidmatan ini disediakan terhad kepada ahli Perpustakaan sahaja. Terdapat 2 buah bilik perbincangan yang disediakan. Jumlah pengguna tidak kurang dari 4 orang dan tidak melebihi 16 orang. Tempahan perlu dibuat sehari sebelum penggunaan atau pada waktu perkhidmatan jika belum ada tempahan.

KEMUDAHAN BILIK MESYUARAT
Perkhidmatan ini disediakan terhad kepada ahli Perpustakaan sahaja. Terdapat 1 buah bilik perbincangan yang disediakan. Jumlah pengguna seramai 12 orang. Tempahan perlu dibuat sehari sebelum penggunaan atau pada waktu perkhidmatan jika belum ada tempahan.

KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER
Terletak di Aras 1,Makmal Komputer adalah untuk disewa oleh mana-mana organisasi yang ingin membuat kursus atau program. Sebanyak 21 buah computer disediakan untuk penggunaan seramai 20 orang dalam satu masa.

KEMUDAHAN RUANG MEMBACA DAN REHAT
Disediakan disekitar kawasan Rak buku bagi keselesaan pengguna yang ingin membaca.

KEMUDAHAN ASTRO
Chanel yang disediakan meliputi:
•TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9
•National Geography
•Animal Planet

KEMUDAHAN SURAU
Turut disediakan surau untuk pengguna muslim bagi menunaikan solat.

Dikemaskini pada 14/06/2011

3 Responses to Khidmat

  1. Cache peta Imej satelit

  2. Right here is the right web site for everyone who would like
    to understand this topic. You know so much its almost hard to argue
    with you (not that I actually will need to…HaHa). You certainly put a new spin on a subject that has been discussed for a long time.
    Wonderful stuff, just wonderful!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s