Pengenalan

FUNGSI PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA MPSJ

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah melakukan pelbagai usaha ke arah memajukan lagi kawasan perbandarannya. Ianya bukan sahaja memberi penekanan dari aspek penyediaan infrastruktur bersifat fizikal, malah mengambil inisiatif untuk membawa masyarakat kota idamannya ke arah melahirkan masyarakat berorientasikan maklumat seiring dengan penggunaan teknologi terkini iaitu dengan menubuhkan Perpustakaan Hipermedia MPSJ.

Penampilannya bukan sekadar sebagai sebuah pusat pembudayaan ilmu, malah fungsinya lebih menyeluruh sebagai tempat untuk pembelajaran, riadah, perkongsian sumber maklumat dan kreativiti serta integrasi kaum.

MISI PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA

Perpustakaan Hipermedia MPSJ ditubuhkan untuk menyediakan infrastruktur maklumat ke arah pembinaan tamadun ilmu di kalangan masyarakat awam. Penyediaan sumber maklumat dengan aplikasi teknologi terkini dapat mendedahkan para pengguna kepada maklumat terkehadapan agar dapat berada setanding dengan bangsa yang maju di alaf akan datang.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA

  • Menanam dan mengukuh tabiat membaca di kalangan masyarakat awam dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan celik IT.
  • Mengaplikasikan teknologi terkini sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen
  • Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya

PERANAN PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA

Sebagai pusat komuniti setempat, perpustakaan memainkan peranan sebagai:

• Pusat Pembelajaran
     Perpustakaan sebagai tempat rujukan dan akses kepada maklumat.
• Pusat Maklumat
     Perpustakaan sebagai pusat pengumpulan, penyebaran dan pengaksesan maklumat            yang pelbagai.
• Pusat Penyelidikan
     Perpustakaan sebagai tempat rujukan kepada pengguna yang ingin mendapatkan                  maklumat bagi tujuan penyelidikan.
• Pusat Riadah
     Perpustakaan sebagai tempat riadah kepada pengguna.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s