Peraturan

PERATURAN PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA 

Bagi menjamin keselesaan semasa berada di dalam bangunan perpustakaan, sila patuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

 Para pengguna TIDAK DIBENARKAN:

  • Melakukan proses ‘downloading’ ke dalam komputer.
  • Menonton CD/VCD kecuali di Unit multimedia.
  • Mengubah program yang sedia ada di computer yang digunakan.
  • Menonton laman web ‘pornography’.
  • Membawa masuk makanan atau minuman, beg, topi keledar, payung dan sebagainya kecuali alat tulis dan kertas. Barang-barang berkenaan hendaklah disimpan di dalam loker yang telah disediakan
  • Tidur di perpustakaan.
  • Membuat bising di dalam perpustakaan.
  • Membuat sampah di dalam kawasan perpustakaan.
  • Kanak-kanak di bawah umur lima tahun tidak diawasi oleh ibu/bapa atau penjaga.
  • Kanak-kanak membuat bising dan berlari-lari di dalam perpustakaan.
  • Tidak menconteng dan mengoyakkan bahan bacaan sebab perbuatan tersebut menafikan hak pengguna lain untuk membaca.
  • Tidak dibenarkan meninggalkan buku-buku yang telah dibaca di atas meja, buku-buku yang telah dibaca hendaklah diletakkan di troli-troli yang disediakan.
  • Memakai pakaian yang menjolok mata. Di mana-mana jua tempat awam, gayakanlah pakaian yang sopan.

Para pengguna DIBENARKAN:

  • Mengakses koleksi CD perpustakaan hanya di Unit Multimedia.
  • Hanya ahli Perpustakaan Hipermedia MPSJ dibenarkan meminjam koleksi perpustakaan.
  • Pengguna perlu memastikan buku atau bahan yang dibaca dan dipinjam berada dalam keadaan baik.
  • Menjaga kebersihan persekitaran perpustakaan.
  • Membaca buku, akhbar dan majalah di ruang bacaan khas yang telah disediakan.

Keselamatan diri dan harta benda adalah menjadi tanggungjawab para pengguna. Pihak Perpustakaan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang kecederaan dan kehilangan harta benda semasa berada di dalam perpustakaan.

Pihak perpustakaan berhak mengambil tindakan atau membatalkan keahlian ke atas pengguna yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.


Tinggalkan komen